Wednesday, May 23, 2007
persoalan
"SIAPAKAH YANG AKAN MENJADI SUBJEK DAN TUAN KEPADA TINDAKAN JUGA PERISTIWA DAN SIAPAKAH YANG MENJADI MANGSA DAN OBJEKNYA?"-intan-
Tuesday, May 22, 2007
ini puisi allahyarham papa tersayang...in juga hanya diantara puisi yang aku ada dan ingin aku berkongsi tentang intepertasi beliau tentang kata-kata yang berkisar kehidupan...dia bermakna buat diri aku sendiri jua..moga beliau tenang bersama tuhan sekarang ini..amen...
Tawamu,
Tangismu,
Tawaku,
Tangisku jua,
Entah sejauh mana,
Akan ku kejar,
Entah seluas mana,
Akan ku renangi,
Ku kejar, kurenangi jua,
Hidupku,
Nostagia berhantu,
Berbahang perut ibu,
Lalu aku lari,
Mencari,
Ku dapat salutan bermadu,
Apakah padamnya lilinnya nanti,
Dihembus puaka.
Atau..
Aku tetap dalam bangsa,
Yang berjasa.
25.08.1988
Tawamu,
Tangismu,
Tawaku,
Tangisku jua,
Entah sejauh mana,
Akan ku kejar,
Entah seluas mana,
Akan ku renangi,
Ku kejar, kurenangi jua,
Hidupku,
Nostagia berhantu,
Berbahang perut ibu,
Lalu aku lari,
Mencari,
Ku dapat salutan bermadu,
Apakah padamnya lilinnya nanti,
Dihembus puaka.
Atau..
Aku tetap dalam bangsa,
Yang berjasa.
25.08.1988
Saturday, April 21, 2007
Atas nama apa?
Untuk program residency di galeri shah alam..selalunya aku ditanyakan dengan tema apa untuk show kali pertama ini? ingin aku katakan yang temanya untuk ini adalah "atas nama cinta"..hahahaa...walaupun pada mulanya aku ragu-ragu untuk bercakap tentang patah perkataan ini. bukanlah kerana aku memaksudkan aku dalam ruangan sedang bercinta,tetapi bila difikirkan kembali segala-gala yang berlaku sehari-hari adalah atas dasar cinta.. sekiranya difikir secara mudahnya...individu yang cintakan makanan akan obsesi dengan kelazatannya dan sekiranya melampau rasa cintanya itu akan mendatangkan penyakit..dan sekiranya difikirkan secara globalnya, peperangan yang berlaku sebenarnya atas dasar cintanya kepada hak-hak yang diperjuangkan..
malah disini aku bukakan isu yang sangat-sangat disedari umum tetapi aku gambarkan dengan bermacam-macam.yang mana kadangkala kadar kegunaan imej dalam karyaku tidak statik kepada satu sahaja.Malah aku tamak untuk bercerita tentang semua benda..huh!sifat inilah melabelkan aku sebagai seorang insan.
dan bila dikatakan perkataan cinta ia berlawanan sekali dengan akal.
maksud disini: cinta lawannya akal.
adakah benarkah ini?
Thursday, April 19, 2007
dialog-antara -mangsa - pemangsa
Ini adalah antara karya yang masih didalam proses penyiapan.Yang mana karya ini antara karya yang akan dihantar untuk pertandingan bakat muda sezaman pada bulan yang akan datang dan masih tidak pasti tentang tarikh tetapnya lagi.Masih menanti panggilan dari pihak balaiseni yang mana kadang buat aku merasa terlalu longgar akibat tidak ada dateline yang tepat...malah bila difikirkan semula,ianya peluang untuk memperbaiki dan menghasilkan dengan lebih baik.
Sekurang-kurangnya disini aku ingin berkongsi tentang ide yang ingin disampaikan.Kerana baru-baru ini aku telah ditegur tentang karya ini yang tidak sampai mesejnya?Yang mana penilai itu sendiri mengatakan aku gagal untuk menyampaikan karya dalam konsep seni tampak (yang beliau lebih bermaksudkan imej sendiri boleh membawa makna)malahan karyaku hanya terus menerus dengan patah perkataan.Selain daripada itu juga,nilai-nilai prinsipal seni seperti perspektif tidaklah jelas untuk karya ini.
Tetapi bagiku,ini antara kritik awal yang patut aku terima walhal aku ada sebabku sendiri kenapa ianya diolah begitu..............
Berbalik keda ide yang aku ketengahkan:
Ianya adalah satu dialog.Yang mana aku meletakkan dua ayat yang berlawanan emosinya menjadi satu "love me + or + leave me alone".Dan boleh aku katakan ianya adalah diaolg diantara mangsa dan pemangsa, atau juga sekiranya dua ayat ini digabungkan ianya adalah satu ayat ancaman!Dedikasi buat mangsa dan pemangsa nilai yang mana sekarang ini nilai yang sejelasnya material menjadi punca untuk pelbagai topik. Dan bagiku, apabila ciptaan manusia berakal adalah sebenarnya adalah untuk membuat pilihan.Memilih untuk mengambil atau mempersetujui sesuatu nilai atau menerima kesan yang lebih kritikal tetapi tetap pada satu penderitaan.
Eksklusif untuk mangsa dan pemangsa perang.Yakni perang antara saudara ataupun perang yang tidak pernah mengaku saudara.
Adanya sikap manipulasi jiwa yang dimulai dengan perletakkan nilai pada hak pihak lawan.Lantas membeli, mencuri, meragut, memaksa untuk menerima nilai semata-mata untuk menakluki.Kelemahan mangsa yang selalu ditekankan oleh keruntuhan kemodenan dan kemelesatan ekonomi(wang-fokusnya)tetapi kaya dengan bahan mentah juga menjadi subjek utama punca duit.
Dan pemangsa mempunyai kelebihan nilai yang tidak ternilai juga tidak ada punca untuk pemberanakan nilai. Maka jalan terbaik:pilihan dari pemangsa kepada mangsa "love me" (you have to love me :money).
dan mangsa merayu...."leave me alone"Di sini aku ambil petikan dari Albert R.Chandler(buku: Beauty and human nature):
ulasan beliau tentang pengalaman estetik:Pengalaman estetik boleh ditakrifkan sebagai merenung atau sebagai gerak hati yang memuaskan perasaan.Apabila aku menikmati keindahan matahari terbenam aku merasa puas merenunginya.Perasaaan ingin tahu yang ada didalam benakku kupendamkan.-Pada ketika itu aku tidak lagi memperdulikan apa yang menyebabkan awan dan cahaya.Minatku dari segi kegunaan tidak ku hiraukan lagi.-Pada ketika itu aku tidak lagi memperdulikan sama ada langitnya akan membawa cuaca kering atau sebaliknya,sesungguhnya kebunkumungkin memerlukan hujan. Aku merasa cukup puas merenungi matahari terbenam.
Daripada ini kita dapat lihat kepuasan tidak langsung sebagai suatu keadaan akal fikiran yang diperlihatkan oleh kesediaan seseorang untuk memanjang dan mengulangi pengalaman yang tertentu. Istilah kepuasan lebih bersesuaian dari keseronokkan. Kerana istilah kepuasan mempunyai makna yang lebih luas.Keghairahan yang dicetuskan oleh sebuah melodarama tidaklah dapat disifatkan sebagai satu keseronokkan,tetapi ia tidak syak lagi ia memberikan satu kepuasan, kerana orang ingin memanjang dan mengulanginya.Kesedihan yang digambarkan dalam satu lagu atau puisi demikian juga halnya..kita mungkin mencucuri airmata apabila mendengarnya, tetapi pengalaman kita itu tetap memuaskan hati.'persoalannya: adakah benar meletakkan benar atau tidak benar dalam membentuk dalam satu karya atau ianya adalah persetujuan fikiran masing-masing untuk melabelkan estetika karya itu sendiri'
adakah terlalu mementingkan diri sendiri apabila karya yang dihasilkan tidak memenuhi kehendak pemerhati?gagal?
Tuesday, April 17, 2007
salam.
untuk tulisan pertama dalm blog sendiri.moga-moga dengan adanya hubungan ini,maka aku tidak syok sendiri dalan keadaan sekarang yang mana aku masih melukis di galeri shah alam.As a residency artist kononnya...pandangan dari kalian untuk karya2 aku sangat-sangat dihargai.Terima kasih.-rafiza
Subscribe to:
Posts (Atom)