Thursday, April 19, 2007

dialog-antara -mangsa - pemangsa


Ini adalah antara karya yang masih didalam proses penyiapan.Yang mana karya ini antara karya yang akan dihantar untuk pertandingan bakat muda sezaman pada bulan yang akan datang dan masih tidak pasti tentang tarikh tetapnya lagi.Masih menanti panggilan dari pihak balaiseni yang mana kadang buat aku merasa terlalu longgar akibat tidak ada dateline yang tepat...malah bila difikirkan semula,ianya peluang untuk memperbaiki dan menghasilkan dengan lebih baik.

Sekurang-kurangnya disini aku ingin berkongsi tentang ide yang ingin disampaikan.Kerana baru-baru ini aku telah ditegur tentang karya ini yang tidak sampai mesejnya?Yang mana penilai itu sendiri mengatakan aku gagal untuk menyampaikan karya dalam konsep seni tampak (yang beliau lebih bermaksudkan imej sendiri boleh membawa makna)malahan karyaku hanya terus menerus dengan patah perkataan.Selain daripada itu juga,nilai-nilai prinsipal seni seperti perspektif tidaklah jelas untuk karya ini.

Tetapi bagiku,ini antara kritik awal yang patut aku terima walhal aku ada sebabku sendiri kenapa ianya diolah begitu..............

Berbalik keda ide yang aku ketengahkan:
Ianya adalah satu dialog.Yang mana aku meletakkan dua ayat yang berlawanan emosinya menjadi satu "love me + or + leave me alone".Dan boleh aku katakan ianya adalah diaolg diantara mangsa dan pemangsa, atau juga sekiranya dua ayat ini digabungkan ianya adalah satu ayat ancaman!

Dedikasi buat mangsa dan pemangsa nilai yang mana sekarang ini nilai yang sejelasnya material menjadi punca untuk pelbagai topik. Dan bagiku, apabila ciptaan manusia berakal adalah sebenarnya adalah untuk membuat pilihan.Memilih untuk mengambil atau mempersetujui sesuatu nilai atau menerima kesan yang lebih kritikal tetapi tetap pada satu penderitaan.

Eksklusif untuk mangsa dan pemangsa perang.Yakni perang antara saudara ataupun perang yang tidak pernah mengaku saudara.
Adanya sikap manipulasi jiwa yang dimulai dengan perletakkan nilai pada hak pihak lawan.Lantas membeli, mencuri, meragut, memaksa untuk menerima nilai semata-mata untuk menakluki.
Kelemahan mangsa yang selalu ditekankan oleh keruntuhan kemodenan dan kemelesatan ekonomi(wang-fokusnya)tetapi kaya dengan bahan mentah juga menjadi subjek utama punca duit.

Dan pemangsa mempunyai kelebihan nilai yang tidak ternilai juga tidak ada punca untuk pemberanakan nilai. Maka jalan terbaik:pilihan dari pemangsa kepada mangsa "love me" (you have to love me :money).
dan mangsa merayu...."leave me alone"


Di sini aku ambil petikan dari Albert R.Chandler(buku: Beauty and human nature):
ulasan beliau tentang pengalaman estetik:

Pengalaman estetik boleh ditakrifkan sebagai merenung atau sebagai gerak hati yang memuaskan perasaan.Apabila aku menikmati keindahan matahari terbenam aku merasa puas merenunginya.Perasaaan ingin tahu yang ada didalam benakku kupendamkan.-Pada ketika itu aku tidak lagi memperdulikan apa yang menyebabkan awan dan cahaya.Minatku dari segi kegunaan tidak ku hiraukan lagi.-Pada ketika itu aku tidak lagi memperdulikan sama ada langitnya akan membawa cuaca kering atau sebaliknya,sesungguhnya kebunkumungkin memerlukan hujan. Aku merasa cukup puas merenungi matahari terbenam.
Daripada ini kita dapat lihat kepuasan tidak langsung sebagai suatu keadaan akal fikiran yang diperlihatkan oleh kesediaan seseorang untuk memanjang dan mengulangi pengalaman yang tertentu. Istilah kepuasan lebih bersesuaian dari keseronokkan. Kerana istilah kepuasan mempunyai makna yang lebih luas.Keghairahan yang dicetuskan oleh sebuah melodarama tidaklah dapat disifatkan sebagai satu keseronokkan,tetapi ia tidak syak lagi ia memberikan satu kepuasan, kerana orang ingin memanjang dan mengulanginya.Kesedihan yang digambarkan dalam satu lagu atau puisi demikian juga halnya..kita mungkin mencucuri airmata apabila mendengarnya, tetapi pengalaman kita itu tetap memuaskan hati.

'persoalannya: adakah benar meletakkan benar atau tidak benar dalam membentuk dalam satu karya atau ianya adalah persetujuan fikiran masing-masing untuk melabelkan estetika karya itu sendiri'
adakah terlalu mementingkan diri sendiri apabila karya yang dihasilkan tidak memenuhi kehendak pemerhati?gagal?

2 comments:

MeDiArTpAsSiOn said...

Jgn berubah dgn apa yg org komen jika anda ada sebab dan research yg cukup. Seni tampak itu satu yg luas dan tidak hanya bergantung dgn imej / figura atau apa saja. Dlm media art terdpt satu genre yang hanya menggunakan teks, harap saudari xplore informasinya agar karya saudari lebih bermakna. Jgn hanya terikut dgn golongan yg taksub terhadap seni modern kerana saudari berada dlm dunia kontem dan sesuai disitu, jgn pandang belakang, nanti saudari tumbang. Teruskan usaha.

intanrafiza said...

terima kasih.saya masih mencari banyak lagi untuk isi ide-nya.bukanlah untuk menegakkan benang yang basah...tetapi kadangkala itu cara untuk meyakinkan lagi.