Saturday, April 21, 2007

Atas nama apa?





Untuk program residency di galeri shah alam..selalunya aku ditanyakan dengan tema apa untuk show kali pertama ini? ingin aku katakan yang temanya untuk ini adalah "atas nama cinta"..hahahaa...walaupun pada mulanya aku ragu-ragu untuk bercakap tentang patah perkataan ini. bukanlah kerana aku memaksudkan aku dalam ruangan sedang bercinta,tetapi bila difikirkan kembali segala-gala yang berlaku sehari-hari adalah atas dasar cinta.. sekiranya difikir secara mudahnya...individu yang cintakan makanan akan obsesi dengan kelazatannya dan sekiranya melampau rasa cintanya itu akan mendatangkan penyakit..dan sekiranya difikirkan secara globalnya, peperangan yang berlaku sebenarnya atas dasar cintanya kepada hak-hak yang diperjuangkan..
malah disini aku bukakan isu yang sangat-sangat disedari umum tetapi aku gambarkan dengan bermacam-macam.yang mana kadangkala kadar kegunaan imej dalam karyaku tidak statik kepada satu sahaja.Malah aku tamak untuk bercerita tentang semua benda..huh!sifat inilah melabelkan aku sebagai seorang insan.
dan bila dikatakan perkataan cinta ia berlawanan sekali dengan akal.

maksud disini: cinta lawannya akal.
adakah benarkah ini?

2 comments:

munirah hayati said...

intan..bila kah kita dapat bertemu.. :P

kak munirah

intanrafiza said...

bila kak munirah free...?